HIJRAH bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah" (Hadis riwayat Abu Dawud)
Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilakukan nabi yang lain atas perintah Allah . Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat seperti firman-Nya yang bermaksud:"Selepas Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah juga yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(Surah al-Ankabut, ayat 26)
Jamuan Akhir Tahun Warga SMK Sultan Yussuf telah diadakan pada 12 November 2008. Bertempat di Kelab Golf Kinta Batu Gajah dan turut dihadiri oleh Pengerusi PIBG SYS.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.” Riwayat Ibn Majah
Emel:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Penafian :SMK Sultan Yussuf Bt Gajah Perak tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini.